Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Pages

Sunday, 28 September 2014

Karnival Tahun Melawat Malaysia 2014

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..


Entri kali ni, kami pergi jalan-jalan cari makan dekat ASB Showground, Auckland anjuran Tourism Malaysia..Seperti yang dirancang, kami bersama rakan-rakan Malaysia telah bergerak sekali dari city menuju ke tempat ni..lebih kurang setengah jam sampai ke tempat yang dituju..


Sebelum masuk ke dewan tersebut kami bergambar dulu di hadapan pintu masuk menuju ke karnival..rasa bangga bila poster besar 'Tahun Melawat Malaysia 2014' terpampang di situ..


Terdapat banyak gerai makanan yang disediakan..jadi banyak la menu makanan Malaysia yang akan menjadi santapan kami hehe..antara menu-menu yang dijual ialah nasi lemak ayam, pulut durian, satay, roti canai, laksa, kerepek pisang, dan banyak lagi..pendek kata semuanya Malaysian food yang halal..


Lepas menjamu selera, kami menuju ke dewan berdekatan di mana terdapat pelbagai aturcara majlis yang disediakan oleh penganjur untuk para pengunjung yang hadir antaranya tarian zapin, lion dance, demo nasi tumpang, roti canai, teh tarik, indian dance, pertandingan melukis bagi kanak-kanak dan banyak lagi..




Selain aktiviti-aktiviti tersebut, pihak penganjur juga ada menyediakan booth tourism malaysia, MAS, dan agensi-agensi pelancongan yang mempromosikan Malaysia..ini bagi memudahkan pengunjung-pengunjung yang hadir bertanyakan secara lebih dekat berkenaan Malaysia..



Bersebelahan dengan dewan, terdapat bouncy castle, face painting, dan sand art yang disediakan untuk kanak-kanak beriadah..anak-anak kami pun apa lagi bila dah jumpa macam ni..enjoy sakan la..

Secara keseluruhannya, penganjuran yang dianjurkan pada kali ni memang terbaik dan terima kasih pada pihak Tourism Malaysia dalam menyediakan karnival seperti ini bagi mempromosikan Malaysia..

Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment