Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Pages

Monday, 16 December 2013

Musim Bunga di New Zealand

Assalamualaikum,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Atas permintaan sanak saudara dan rakan-rakan, post kali ni saya nak share foto bunga yang telah diambil beberapa bulan yang lepas di beberapa lokasi terpilih di Auckland dan Paihia untuk tatapan semua..Biasanya musim spring akan berlaku selepas winter di antara bulan September hingga Oktober..Jom kita tengok gambar di bawah..



Ok, utk 2 gambar di atas ni, saya copy image dari sahabat Auckland iaitu En Talib..Memang awesome!! Dia mmg pakar sikit bab amik gambar nih..hehehe..lokasi yang diberitahu oleh beliau adalah sekitar Auckland dan Hamilton..kalau ikutkan banyak lagi gambar menarik yang diambil oleh Encik Talib tapi saya pilih yang mana ada je..TQ Mr Talib..Lepas ni kalau ada lg boleh sharing dengan saya..

Next location, dekat Albert Park, Auckland..mcm-mcm colour ada kat sana..Park ni berada di tgh2 bandar Auckland dan bersebelahan dengan Uni...sorry la kalau gambar tak berapa nak 'comel' sgt sbb 'tangkap' pakai handphone jek..




2 gambar di bawah pulak, lokasi penggambaran adalah di Kingsgate Hotel dan Bandar Paihia, New Zealand..Saya amik masa on the way ke Cape Reinga..Satu pengalaman berharga buat saya dan sekeluarga bila dapat melihat secara lebih dekat bunga-bunga yang ada dekat sini (Paihia)..syukur Ya Allah..



Last sekali, bunga kt bawah ni dkt sebelah subway..hahaha..org yg duduk berhampiran Subway mesti tahu la tempatnya (Symonds St je pon)..just share jek mana yang saya jumpa..this is my favourite flowers ever..namanya ialah 'hydrangea'.  Oprah Winfrey pon suka bunga ni..dolu2 masa majlis kahwin,kunun2 nak guna bunga ni buat hantaran n letak kat pelamin..tapi..nan hado..tak tercapai impian akak dek non.huhu..
tapi seriuosly,if u all guna bunga ni,mix with roses sket and baby breath,dia punya result,memang kababoom la wedding u..
nampak classy and luxury..
pada sapa2 yang tak tau, warna bunga ni akan ikut pada pH tanah..if tanah berasid, warnanya akan warna biru,bila tanah beralkali,warnanya akan jadi merah muda..
so,if u nak bunga ni warna pelangi,kenala ubah keasidan dan kealkalian tanah mengikut kesesuaian...
unik kan??Subhanallah...



Ni amik foto masa singgah di Mt Roskill, Auckland..Depan halaman rumah, memang sejuk mata memandang..bukan 1 atau 2 tp tak terkira banyaknya..memang satu pengalaman manis bila berada di negara orang ni..in shaa Allah kalau ada lg pics menarik, saya akan kongsikan bersama buat teman-teman dan saudara-saudaraku di Malaysia...

Goodbye spring n welcome summer!!

Wasalam..




Thursday, 12 December 2013

Omega-3

Assalamualaikum,

Hari ni ada terbaca satu artikel kesihatan di Kosmo Online berkenaan Omega 3. Rasa rugi plak tak share ringkasan ni dengan semua kawan-kawan terutamanya yang mempunyai anak lebih kurang sebaya dengan anak saya.

Prof Dr John Colombo (Profesor Jabatan Psikologi, Universiti Kansas) telah melakukan kajian bersama Pusat Perubatan Universiti Kansas dan mendapati perkembangan kanak-kanak  mempunyai hubung kait dengan kandungan asid dokosaheksanoik (DHA).

Apa itu DHA???

Ianya merupakan asid lemak omega-3 yang banyak terdapat di dalam otak dan retina tetapi DHA tak dapat dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh drpd IKAN.

Selain itu DHA berperanan meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran yang lebih baik so secara tak langsung menjadi pemangkin mengembangkan ciri-ciri genius yang ada pada kanak-kanak tersebut.

Sumber dipetik dari:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2013&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm




Antara keratan akhbar tempatan yang membincangkan kebaikan minyak ikan yang mengandungi DHA

Mari kita tengok video ni


Ringkasan dari video ni...

- Kajian yang dijalankan oleh Universiti Oxford, UK untuk beberapa pelajar sekolah rendah seperti adik Elliot yang mempunyai masalah kurang daya ingatan, hilang fokus dan kurang minat pada pelajaran. (Mungkin kita dan anak-anak pun menghadapi masalah yang sama?)

- Kemudian mereka diberikan 6 biji tablet yang mengandungi bahan semulajadi dalam minyak ikan iaitu Omega-3

- Selepas makan tablet selama beberapa minggu, adik Elliot dah jadikan library tempat yang paling 'menyeronokkan'. Fokus kepada pelajaran dan daya ingatan semakin meningkat.

Kesimpulannya, lepas ni kita dan anak-anak pun kena makan tablet yang ada Omega-3 untuk lebih fokus selain dapat meningkatkan daya ingatan hehehe..

Terima kasih sebab membaca..sehingga berjumpa lagi..as salam... :)







Tuesday, 3 December 2013

ada apa dengan New Zealand?? Part 2

BELAJAQ DI NEGARA ORANG..(PART II)

Hollaaa..sambung lagi..ni nak cerita plak pasai pengalaman kami mai NZ for the first time..
Sorry tak sempat nak snap gambaq..Mr Zan ni kalut sket when it comes to arrangement.  Before sampai sini, kami cari2 gak tips ke NZ jumpakla blog ni.. http://nurazfahaniahmad.blogspot.co.nz/2011/04/tips-ke-new-zealand.html...
Thank kak Pani for the tips…Cuma ada benda yang kena update sket kot..takpe2,meh kami bagitau pengalaman kami plak.preparation before further study to NZ..

1.       Medical check-up (untuk VISA)

Hat ni after u alls da dapat offer letter dari KPT and financial affidavit dari university (ni bagi sesape yang under KPT scholarship).  Pasai apa kami kata begitu,pasai medical check up ni valid dalam masa 3 bulan (please rujuk agent anda..kami pon da lupa da..huhu) Kami buat medical check up kat klinik K.L.Loh kat Ikano Power center (IPC).dekat ngan IKEA. Sempoi giler Dr Loh tu..kami pon berpuasa la sehari before nak wat medical check up..yer la, orang kata kena fit bila nak buat visa ke NZ..kolestrol kena jaga..gula tak ley tinggi..siap ada yang pesan kena exercise, jogging ka,buat tekan tubi ka..apa2 la..janji sehat kekdahnyer..

Alih2 tiba waktu nak wat medical check up tu,selamba jer Dr tu bagitau,


Dr loh: pasal apa u all puasa..sekarang requirement untuk VISA ke NZ tak perlu kolestrol and gula semua..check biasa2 sahaja maa..

Kitorang : *krik krik krik* (bunyi cengkerik)

Dr Loh : tapi takpala,kita ambil darah dulu,lepas ni u all pergi makan,nanti lepas makan datang balik..

Kitorang : ok.. *krik krik krik* (bunyi cengkerik lagik)


Tapi kat klinik ni takdak X-ray service, korang kena pi KPJ damansara. Tapi after buat medical check-up kat klinik tu la..jgn korang memandai pi buat Xray teruih..nanti Dr Loh tu bagi satu form,and KPJ akan isi form tu.kira depa ada link la..

Untuk result medical check-up ni, depends on klinik..mcm kami esoknya kami dah dapat result da..janji semua document lengkap..korang kena update ngan agent korang tau..NZ ni selalu berubah2 polisi diorang..

Kami guna agent Selset Subang ..http://www.selset-newzealand.com/profile.htm..ingat..guna agent dari awal. Maksudnya, bila dah dapat SV and uni, teruih jumpa agent n depa akan uruskan semua..everything is free..but only for you.for your spouse and kids, u kena bayar sketla..mcam sy, Selset just charge for my husband and 2 kids –RM500 (hat ni takley claim kat Uni..)

Yang bestnyer Selset ni, staff diorang yang isikan semua form untuk Visa application..sy Cuma dok diam bagi semua info yang dia nak..depa pon tak nak kita salah isi form,pastu kena reject..kena submit baru..semua itu adalah COSTLY!!!

After finished visa submission to NZ embassy,Singapore..korang kenala tunggu sat untuk dapat approval dari pihak embassy sana.Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu kami da dapat da VISA untuk 39 bulan..siap extra 3 bulan lagik untuk stay sini..toche toche. Apa-apa hal pon..yakin Allah akan bantu anda..ramai yang kata 2 bulan baru siap VISA..but, Allah is the Greatest and Almighty..

Masa kami mula-mula touch down kat bumi Kiwi ni, Alhamdulillah,semuanya dipermudahkan..berkat doa keluarga dan rakan2..sampai-sampai jer untuk collect luggage, terkejut sebab ada dog squad dok pijak2 luggage untuk check drug..dalam pale dah pikir dah, camner saya nak samak beg2 sy semua ni nanti..seb baik, beg kami cepat sampai before dicheck oleh anjing itew..

Pas tu kena lalu immigration plak, agaknyer officer tu kesian dok tgok sy gendong si izzan, dia bagi kami laluan VIP..so tak yah beratur panjang untuk luggage chek up..passenger lain dok heran, kami ni sape sampai leh lalu laluan VIP..hehe..

Ingatkan facing with dog squad dah abeh da..ada lagi..anjing tu dok ikut mirza..sebab mirza comey kot..hahahaha..perasan sat..rupa-rupanya, anjing tu nak biskot yang mirza pegang..menjerit budak tu..tak pernah2 ada anjing pi dekat dia..passenger lain gelak je kat mirza.. “hahaha..he is afraid of the dog”.. dalam hati sy, “indeed..im afraid too” LOL

2.       Electrical appliances

Kelakor betul bila mengenangkan periuk nasik and blender yang kami post dari Malaysia..padahal kat sini punyalah banyak jual periuk nasik and blender..adehhhh..siap ada sale lagik..DUSSHH.

Tak perlu risau pasal electrical appliances, kat Warehouse,Briscose and online sale banyak sangat jual..berpatutan..kat sini semua affordable but with one condition, don’t u ever try to convert NZD to RM..kalau convert, tak beli la jawabnya..hehehe


3.       Vaccination for baby

Oleh kerana Izzan masih lagik baby (umur 3 bulan sampai sini), pastinya, sy risau pasai vaccine beliau..mak and mak mertua pon dok tya, “abeh, Ijan cocok camner kat sana?mahal tak kat sana?”.. walaupon kat Msia orang dok berdebat pasai vaccination ni.sy no komen.
Kat sini semua yang melibatkan kids are FREE!! Asalkan,salah sorang hold work visa for more than 2 years.. Alhamdulillah, semuanya ok.. jgn lupa bwak buku klinik baby.tak kesah bahasa melayu pon, nanti diorang tya kita maksudnyer..ingat tak pasal vaccine Pneomococcal and rotavirus? Kat Msia kena bayar..mahal kan?ingat lagi vaccine Mirza ngan 2 vaccine ni, nipis poket iollss..bukan sekali, 4 kali tau..kat sini semua tu FREE…

Oh yer..kat sini hair cut adalah tidak berbaloi..mahal kot..gunting beser jer pon..NZD 20.so,sy decide potong sendiri rambut Mirza..senget pon senget la..



muka tension sebab ummi dia yang potongkan rambut..kuikui

  okes..sampai di sini dolu...jom datang NZ..leh makan lamb bakar..cecah air asam..