Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Pages

Sunday, 28 September 2014

Karnival Tahun Melawat Malaysia 2014

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..


Entri kali ni, kami pergi jalan-jalan cari makan dekat ASB Showground, Auckland anjuran Tourism Malaysia..Seperti yang dirancang, kami bersama rakan-rakan Malaysia telah bergerak sekali dari city menuju ke tempat ni..lebih kurang setengah jam sampai ke tempat yang dituju..


Sebelum masuk ke dewan tersebut kami bergambar dulu di hadapan pintu masuk menuju ke karnival..rasa bangga bila poster besar 'Tahun Melawat Malaysia 2014' terpampang di situ..


Terdapat banyak gerai makanan yang disediakan..jadi banyak la menu makanan Malaysia yang akan menjadi santapan kami hehe..antara menu-menu yang dijual ialah nasi lemak ayam, pulut durian, satay, roti canai, laksa, kerepek pisang, dan banyak lagi..pendek kata semuanya Malaysian food yang halal..


Lepas menjamu selera, kami menuju ke dewan berdekatan di mana terdapat pelbagai aturcara majlis yang disediakan oleh penganjur untuk para pengunjung yang hadir antaranya tarian zapin, lion dance, demo nasi tumpang, roti canai, teh tarik, indian dance, pertandingan melukis bagi kanak-kanak dan banyak lagi..




Selain aktiviti-aktiviti tersebut, pihak penganjur juga ada menyediakan booth tourism malaysia, MAS, dan agensi-agensi pelancongan yang mempromosikan Malaysia..ini bagi memudahkan pengunjung-pengunjung yang hadir bertanyakan secara lebih dekat berkenaan Malaysia..



Bersebelahan dengan dewan, terdapat bouncy castle, face painting, dan sand art yang disediakan untuk kanak-kanak beriadah..anak-anak kami pun apa lagi bila dah jumpa macam ni..enjoy sakan la..

Secara keseluruhannya, penganjuran yang dianjurkan pada kali ni memang terbaik dan terima kasih pada pihak Tourism Malaysia dalam menyediakan karnival seperti ini bagi mempromosikan Malaysia..

Alhamdulillah..

Tuesday, 23 September 2014

Sakit lutut yang tak mengenal usia

Assalamualaikum semua dan selamat bertemu lagi..

Ada tak dikalangan kenalan sahabat-sahabat semua mengalami sakit lutut? Memang menyeksakan kalau perkara ini terjadi kepada seseorang yang menyebabkan pergerakan sentiasa terbatas. Nak bersukan pun tak boleh, ketika hendak solat antara dua sujud, membuang air besar dalam keadaan mencangkung atau lain-lain aktiviti yang memerlukan pergerakan yang banyak..

Baru-baru ni kawan saya pun ada menceritakan berkenaan sakit lutut yang beliau alami suatu ketika dahulu iaitu selepas pakai sepatu high heels 2,3 inch..beliau merasai kesannya selepas usianya semakin meningkat dan berat semakin bertambah..emm mungkin ramai wanita di luar sana tak tahu terutamanya pada wanita yang hendak cantik bergaya.. 
ANTARA PUNCA UTAMA:
Usia yang meningkat. Biasanya mereka yang berumur 65 tahun ke atas yang berisiko mendapat sakit lutut terutamanya orang Asia yang lebih mudah mengalami masalah lutut.

Berat badan berlebihan pun juga boleh menjadi punca sakit lutut ini mudah terjadi. Sebab tu penting untuk kita memastikan berat badan ideal bagi memastikan melambatkan proses mendapat kesakitan ini.

Kecederaan lutut selepas kemalangan dan kecederaan di kalangan atlet turut menjadi punca sakit lutut tanpa mengenal usia.

Jadi, bagi melengahkan proses mendapat sakit lutut, sebaik-baiknya kita kekalkan berat badan ideal dengan latihan dan pemakanan sihat. Bagi yang aktif bersukan, elakkan kecederaan ini dengan teknik sukan yang betul iaitu regangan dan pemanasan badan. Kalau cedera, elakkan dari terus bermain dan seeloknya dapatkan rawatan susulan daripada doktor pakar.
TANDA BIASA SAKIT LUTUT
  • Rasa sakit ketika bergerak dan berehat
  • Rasa berkeriut pada sendi ketika bergerak
  • Rasa tegang/kaku selepas berehat buat seketika
  • Gerak geri terbatas
  • Hilang mobiliti
  • Lemah postur akibat rasa sakit dan kekesatan sendi lutut


JIKA ADA DIKALANGAN AHLI KELUARGA KITA MENGALAMI SAKIT YANG SAMA...
Saya nak berkongsi dengan anda semua sekiranya ada dikalangan kenalan kita semua ingin membuat pencegahan awal bagi mengelak sakit lutut mungkin anda boleh mencuba produk ADVANCE JOINT HEALTH (AJHT) dari Shaklee..

UBAT SAKIT SENDI HOT
Jom kita tengok 10 kebaikan AJHT:
  • Menyokong keselesaan sendi
  • Membantu kekalkan tulang rawan
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Melancarkan pergerakan harian
  • Sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal)
  • Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  • Anti radang semulajadi
  • Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata, asli dan semulajadi memberi kekuatan kepada struktur sendi
  • Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan
  • Membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligament



 Mengapa Shaklee? Sebab ianya 100% daripada tumbuhan semulajadi

Nak kesan lebih baik kenapa tidak anda mencuba Set Shaklee Ubat Sakit Sendi yang mengandungi set AJHT, OMEGA GUARD dan OSTEMATRIX.
Set Kesihatan Sendi Shaklee

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

OMEGAGUARD berfungsi sebagai anti radang, menurunkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung.
OSTEMATRIX berfungsi sebagai sumber kalsium terbaik. Menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas serta melancarkan pembuangan bahan buangan dalam badan
Semoga entri ini memberi manfaat pada semua :)..

TESTIMONI-TESTIMONI
#1


#2


#3


#4




Friday, 12 September 2014

5 sebab kenapa anda perlu ambil Vitamin E

As salam semua readers yang sedang membaca post ni..apa khabar? Semoga hari ini anda sentiasa sihat dan sentiasa tersenyum.. :)

Today i would like to share about " VITA E COMPLEX"...Saya sendiri dah cuba..alhamdulillah, nampak la perubahan pada diri ku ini..rambut dulu selalu gugur..maklumlah lepas bersalin anak kedua ni, rambut pon asyik gugur jer,kalau sehai dua kira normal la kan.. ni setiap kali pegang rambut, haa kau.. byk betul yang luruh..luruh hati ku..dah la rambut nipis, makin nipis la...



pernah tgk rancangan kesihatan, ada pakar ni kata if nak tgk rambut sehat ke tak, sila kira rambut yang gugur dalam satu hari.  if rambut yg gugur kurang dari 100 helai, makanya rambut anda dan kulit kepala anda adalah sehat hendaknya...

so, startla consume VITA E COMPLEX ni..kesannya sgt hebat..rambut da tak gugur and parut2 jerawat pon makin pudar..yahoooo!!

so, for those yang xbley nak telan Vit E capsule, dont worry bebeh..you can simply cut the capsule in half, and squeeze the gel inside and apply directly to your hair and your scalp..the result is tremendously awesome!!! it helps to stimulate the hair to grow and makes your hair even smoother and healthier..

atau if takda masalah rambut,tapi ada plak masalah kulit yang sensitif, ini adalah vitamin yang terbaik untuk anda..caranya mudah, boleh telan je satu biji Vit E sehari and boleh jugak nak apply cara yang sama dengan rambut tadi, just apply directly ke affected area..insyaAllah, dengan izin Allah...

makanya, apa lagi.. khasiat Vit E memang banyak..jom kita tgk...

1. Vit E mampu menguatkan akar rambut anda dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru

2. Vit E mampu memudarkan parut jerawat dan jeragat

3. Vit E mampu melembutkan kulit anda

4. Vit E mampu menyembuhkan kesan stretch mark dan parut

5. Vit E mampu menyembuhkan kesan terbakar

tapi ada syaratnyer...jgn lupa minum air masak byak and istiqomah...consisten yer...


Dr Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan) turut menitikberatkan pengambilan supplemen2


diambil daripada majalah sihat keluaran November



sampai jumpa lagi..

salam sayang dari bumi Kiwi..

Hedaya Zan Mirza

info credit : vitaminsall (dot) com

** Peringatan: Vitamin Shaklee ini adalah daripada sebahagian daripada usaha sahaja. Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat lanjut daripada pakar perubatan. TIADA JAMINAN anda akan terus mendapat perubahan mendadak selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.


Di bawah adalah antara testimoni mereka yang telah menggunakannya (VIT E COMPLEX)









Dapatkan E-Book Percuma Sekarang

Saya Nak Beri Ebook Percuma..Ya PERCUMA..

Rahsia bekas engineer yang berjaya membuat sales RM 1 juta dalam tempoh 9 bulan..

Jika anda berminat nak dapatkannya PERCUMA:

Sila klik link dibawah..


http://www.ebookniaga.com/sorryboss/mirza





Jom berkenalan dengan si VIVIX

As salam readers dan salam Ramadhan..

Hari ni saya nak kongsi  info ringkas yang menarik pasal Vivix buat semua pembaca. Tapi sebelum tu, kita tengok dulu hasil testimonial si Vivix ni kepada ayah makcik saya..


Alhamdulillah selepas berkenalan dengan 'cecair pekat berwarna merah' (Vivix)..kesihatan ayah kepada makcik saya semakin beransur pulih akibat penyakit yang dialaminya..Rasa rugi kalau saya tak dapat kongsikan kegembiraan ini bersama dengan para pembaca..

Sekarang jom kita berkenalan dengan si 'Vivix'

1) 'Siapa' Vivix sebenarnya?

Vivix ialah sejenis cecair berwarna merah yang terdiri daripada:

     - Polyganum Cuspidatum
     - Anggur Muscadine
     - Elderberi Eropah
     - Lobak ungu

Semua campuran-campuran di atas kaya dengan polifenol.

(* polifenol = kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti penuaan semulajadi)



Ianya juga merupakan supplement anti penuaan yang kandungannya 100% semulajadi. Komponen utama Vivix ni adalah Resveratrol.
(Resveratrolsejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah. Kajian saintifik menunjukkan resveratrol memainkan peranan yang sangat penting dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel)



2) Apa fungsi Vivix?

a) Membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita. Ini kerana tubuh kita hampir setiap hari mengalami kerosakan DNA akibat radikal bebas

b) Membantu menguatkan sel tubuh. Sekiranya tubuh kita terdedah kepada penuaan maka semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga.

c) Membantu meningkatkan fungsi otak, imuniti, sendi dan kardiovaskular.


3) Waktu sesuai pengambilan Vivix?

- Sesuai diambil setiap hari dengan satu sudu teh samada selepas sarapan pagi ATAU makan tengahari


TESTIMONI DAN KERATAN MAJALAH BERKENAAN VIVIX

Kat sini saya sertakan testimoni-testimoni pengguna yang telah 'merasai tonik cecair merah' ni..

Testimoni 1 (kawan saya sendiri dah mencubanya)

Testimoni 2

Testimoni 3

keratan akhbar tempatan

LINK 'tonik anti penuaan' : http://goo.gl/q9jxzj
(sumber : utusan (dot) com (dot) my)

Anda ingin mencuba atau hadiahkan kepada seseorang?


Dapatkan VIVIX secara online (eSell) dengan hanya sekali klik di sini http://goo.gl/FQ3iWo

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Sehingga bertemu lagi, As salam semua..Terima Kasih..

Thursday, 11 September 2014

APA KAITAN WANITA, SENGGUGUT DAN PAIN KILLER?

Pernah tak diantara kita (wanita) merasa sakit, loya atau mual ketika datang bulan??

Itu merupakan simpton-simpton biasa yang dikenali sebagai sindrom prahaid (PMS). Kebiasaannya ubat yang akan diberikan untuk mengurangkan kesakitan tersebut ialah Paracetamol atau dikenali sebagai Panadol atau KK atau Ponstant (ini biasanya untuk tahap sakit yang lebih kuat). Sekiranya ubat-ubat ini digunakan tanpa sebarang kawalan ianya boleh mengundang kesan negatif ke atas tuan punya badan. Tambahan pula ianya mudah didapati di farmasi-farmasi tempatan. Betul tak?



Saya nak kongsi cerita dari salah seorang sahabat saya berkenaan kisah seorang wanita yang mengalami masalah senggugut akibat penggunaan kerap 'painkiller' sehingga beliau mendapat masalah buah pinggang sehingga memerlukan rawatan dialisis di usia yang sangat muda. Saya amat simpati terhadap wanita tersebut.

Jom kenali SENGGUGUT dengan lebih dekat

Iaitu sakit ketika datang bulan. Hanya mereka yang mengalaminya tahu macam mana seksa ketika menghadapinya dan secara tak langsung ianya mengganggu aktiviti seharian.

Bagaimana ianya berlaku?

Daripada pengecutan rahim yang mengeluarkan tisu-tisu dinding rahim yang sebelum ini menebal sebagai persediaan sekiranya berlaku kehamilan. Apabila pengecutan berlaku, ianya akan mengurangkan oksigen ke sesetengah bahagian tisu dalam rahim dan secara tak langsung memberikan kesakitan kepada seseorang wanita. Rasa sakit ini juga disebabkan oleh pengecutan otot dinding rahim yang kuat kerana pangkal rahim wanita muda adalah kecil bagi mengeluarkan darah haid. Kadang-kadang seseorang wanita juga mendapat rasa mual, muntah, sakit kepala, cirit birit, sembelit ataupun keletihan selain senggugut yang dialami.

Bagaimana pula dengan PAIN KILLER?

Ianya akan memudaratkan sekiranya penggunaannya digunakan secara tidak terkawal. Penggunaan tanpa henti boleh menyebabkan maut. Kawalan penggunaannya mesti pada masa yang betul dan mengikut arahan yang diberikan pegawai farmasi


Kesan pengambilan ubat tahan sakit ini secara tidak terkawal atau tanpa henti boleh mengganggu fungsi buah pinggang sehingga memerlukan pesakit menjalani dialisis sekiranya buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Bagi wanita yang menghadapi senggugut yang teruk digalakkan mendapatkan pemeriksaan lanjut kerana kemungkinan senggugut juga boleh memberi simpton kepada masalah lain seperti cyst pada ovari ataupun endometriosis.

Bagaimana menghilangkan senggugut selain dari ubat tahan sakit?

Pelbagai cara boleh dilakukan oleh setiap wanita bagi mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit. Antaranya:


  • Pengambilan gula, garam dan kafein perlu di KURANG kan
  • makanan fibre perlu di TINGKAT kan
  • rehat dan tidur yang menCUKUPi
  • AMALkan meminum air suam
  • masukkan air suam ke dalam botol dan tuam pada bahagian atas perut yang sakit (Hot Water Bottle)
  • Pengambilan Gamma Linoleic Acid (GLA) boleh menolong mengurangkan kesakitan senggugut

GLA COMPLEX SHAKLEE

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Produk yang boleh membantu mereka mempunyai masalah sengugut. Dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi, dan ia berkesan dan selamat. Diperkaya dengan Omega 6 dan digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E.

Digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid.

Selain masalah senggugut GLA complex juga bertindak sebagai:

  • Menentang kanser - anti oksida yang meningkatkan sistem imum tubuh dan menghalang pertumbuhan sel tumor atau kanser
  • Memperbaiki inflamasi kulit - mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea selain dapat meringankan sakit dan bengkak yang terjadi daripada arthritis
  • Melambatkan monopaus - memperbaiki keadaan monopaus seperti hot flashes, insomnia (tak boleh tidur), ketidakhadaman dan depressi. Pengambilan jangka masa panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan rahim dan memberi tona kepada kulit untuk terus muda
  • Menghalang kompilasi Diabetes - merendahkan gula dalam darah, meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula yang tinggi dalam darah
  • Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - merendahkan kolestrol, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan
  • Menghalang tekanan darah tinggi - menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakkan masalah jantung seperti serangan jantung
  • Memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut kering dan rambut gugur

** Peringatan: Vitamin Shaklee ini adalah daripada sebahagian daripada usaha sahaja. Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat lanjut daripada pakar perubatan. TIADA JAMINAN anda akan terus mendapat perubahan mendadak selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.


Di bawah adalah antara testimoni mereka yang telah menggunakannya (GLA COMPLEX)







Kisah Hari Raya dan Snow

As salam dan salam sejahtera,

Hari raya baru-baru ni, kami dah berpakat dengan 'adik-beradik' Auckland nak sambut hari raya dan main snow di kampung Ohakune..yela sebab tahun lepas dah beraya dekat Taupo dan Whakapapa..kali ni giliran Ohakune pulak menjadi pilihan..

Perancangan yang dibuat sebelum bulan Ramadhan lagi akhirnya menjadi impian bagi kami bersama 'saudara-saudara' kami yang lain..seronok bila leh berkumpul ramai-ramai macam ni..

1ST DAY : HARI YANG DINANTI AKHIRNYA TIBA

Pergerakan dari Auckland bermula jam 11 pagi dan sampai ke kampung Ohakune lebih kurang 7 malam..kalau ikutkan google maps hanya 4 jam 15 minit..oleh sebab kami menyinggah di beberapa perhentian untuk solat berjemaah, makan dan lain-lain aktiviti yang dirancang so ia memakan masa lebih dari yang dijangkakan..tapi alhamdulillah walaupun perjalanan mengambil masa yang begitu lama untuk sampai ke destinasi, kami tetap enjoy dengan panorama-panorama yang dihidangkan sepanjang laluan ke sana..memang cantik dan awesome.. :)

Hamilton Garden: Singgah untuk makan tengahari
Lepas solat, bergambar jap dekat garden sebelah
Lepas sampai di kampung Ohakune, terus kami mencari penginapan yang telah ditempah sebelum ini.. kami sekeluarga telah menginap di homestay Akipo Lodge, Southridge Drive..di mana ianya menempatkan kami bersama-sama dengan 2 keluarga yang lain..Jadi aktiviti pada malam pertama kami sampai ialah makan malam bersama..jadi kaum-kaum ibu la yang sibuk menguruskan persiapan makan malam kami semua..TQ ye hehe..

Inilah homestay kami 'ala-ala' kampung

2ND DAY: SNOW AND GATHERING RAYA

Seperti biasa kaum-kaum ibu menyiapkan sarapan pagi dan bekalan makanan untuk dibawa ke Turoa Mountain..dah selesai makan, kami semua terus ke kedai sewaan pakaian dan peralatan snow pada jam 9 pagi..alhamdulillah dalam satu jam settle, petang nanti kena hantar balik semua barang yang dipinjam hehe..layanan dari semua staff di sana memang terbaik dan sangat peramah..terima kasih..

Kedai sewa pakaian dan peralatan snow
Aktiviti snow akhirnya sampai ke kemuncak, perjalanan dari kaki gunung sehingga ke puncak mengambil masa lebih kurang 40 minit..agak lama sedikit disebabkan jalan yang agak licin dan banyak kenderaan yang mula masuk berpusu-pusu untuk pergi ke destinasi yang sama..Alhamdulillah pada hari yang kami sampai, cuaca amat cerah dan amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti snow..Sebelum tu, staff di kedai sewaan pakaian snow ada memaklumkan kepada kami, semalam cuaca tidak begitu baik jadi laluan ke puncak gunung ditutup dan tidak sesuai untuk sebarang aktiviti snow disebabkan faktor-faktor keselamatan..

Posing di laluan masuk ke Turoa Mountain
Bila dah sampai, semua orang dah teruja dengan pemandangan 'putih' yang ada disekeliling kami..apa lagi..masa untuk beriadah bersama anak-anak dan teman-teman..Untuk makluman semua, kat sini terdapat cafe, pusat jagaan kanak-kanak, tempat sewaan peralatan snow dan tandas awam yang disediakan untuk semua pengunjung yang datang..

Alhamdulillah, cuaca cerah
Panorama view Turoa Mountain
Pandangan dari atas cafe

Lepas puas dengan aktiviti keluarga masing-masing, kami semua berkumpul semula ditempat yang dirancang untuk bergambar kenangan bersama-sama sebelum bergerak pulang ke homestay masing-masing..

Gambar kenangan kami
Next activity, gathering raya bersama-sama..homestay kami telah menjadi lokasi berkumpul untuk semua keluarga..bermula dari jam 7 malam dan tamat selepas 2 jam berikutnya..terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sama-sama menjayakan aktiviti makan malam bersama..makanan yang dihidangkan semuanya sedap-sedap..terbaikkkk!!!!

Antara juadah raya kami

3RD DAY: BERGERAK PULANG

Terima kasih Ohakune sebab meninggalkan kami memori yang sangat best..Walaupun singkat tapi kesannya mendalam..hehe..hujan renyai telah turun ketika kami meninggalkan 'kampung' tercinta dan kami semua telah selamat pulang ke destinasi asal..Alhamdulillah segala aktiviti dirancang telah berjalan dengan lancar dengan izin-Nya..

* (masa balik kami ada singgah di beberapa lokasi menarik..kami akan share pada post akan datang..In shaa Allah)..

Sehingga bertemu lagi..As salam..
Terima kasih sebab membaca :)



* sekiranya entri ini bermanfaat sila klik 'LIKE' pada button di bawah..TQ